APA KATA KALAU
Apa kata kalau
Doktor sebenar datang ke sekolah menjadi cikgu
Jurutera sebenar datang ke sekolah mengajar subjek fizik
Tentera sejati hadir ke sekolah mengajar sivik
Polis trafik mengajar keselamatan di jalan raya
Peguam terbaik mengajar sejarah
Adakah mereka pasti dapat menjadi guru sebenar?
Apa kata kalau
Guru pakar datang ke hospital merawat pesakit
Pemenang nobel datang ke hospital mental terapi
Posmen datang menolak troli pesakit
Pelumba Formula One memandu ambulans
Menteri Pertanian membedah pesakit jantung
Apa kata kalau
Semua nelayan masuk universiiti
Semua penoreh getah ada ijazah ekonomi
Semua tukang kayu belajar di kolej
Semua tukang sapu lulusan sains bahan
Semua noja lulusan akademi
Semua imam menjadi pengadil bola sepak.
Apa kata kalau
Kita cuba-cuba
kalau-kalau
Cikgu Solleh
28 September 2005.
KHAS BUAT PELAJARKU
(Ketinggian Budimu Adalah Kebanggaanku)
Engkau menapak di denai harapan
Lalu menyandarkan keresahanmu di bahuku
Saban hari engkau mengutip ilmu
Dari khazanah khutub khanah minda
Dan pengalamanku
Aneh
Ilmuku tak pernah surut
Malah engkau pula semakin bestari
Senyuman manis dan gelak tawamu
Amat merungsingkanku
Kalau-kalau engkau kelak menangis
Pada hari perhitungan membelek slip keramat
Kerisaumanmu adalah kegembiranku
Symbol engkau bersungguh dalam
Usahamu
Berhati-hatilah melalui lorong
Penuh dugaan ini
Segenap sudut ruang sekolahmu
Ada pelbagai magnet yang
Bersifat positif dan negative
Jika cas positif yang kau tawan
Masa depanmu seindah pelangi
Jika silap congakmu di makmal percaturan
Hancurlah eksperimen idaman
Akulah
Cikgumu yang paling berdebar
Mengamati tingkah lakumu yang
Bakal mencatat tinta emas
Atau warna samar di dada sijil perakuan
Janganlah engkau kaku membisu
Dalam kelas
Jangan pula engkau memecahkan gegendang
Telingaku bila tak perlu
Contohilah idola penakluk dunia
Dengan kapal layar berinternetnya
Yang membelah Selat Inggeris dengan kuaknya
Atau memilik kekentalan si penakluk Everest
Jangan leka
Dek manisan dunia dan acuan budaya asing
Biru dan kelabu asap itu.
Pilihlah warna hidup dengan disiplin,
Berbudi ramah dan berwawasan.
Pelajar yang aku hormati
Bersedialah dengan kekuatan minda
Gemilangkan tintamu
Di dewan intelektual
Paculah cakera sejarah silam
Sehingga memancarkan kegemilangan
Di monitor peradaban.
18 Julai 2003
Sungai Sejarah
(Sungai Muar)
Yang pastinya
Muara itu sarat dengan mendapan peristiwa
Yang dibawa dari hulu cerita
Dan tebing-tebing perjuangan
Serta pahit manis kapal-kapal pengalaman
Berliku-liku menyembunyikan
khazanah kenangan
Hingga kini muara itu
Sesekali bergelora dalam tenang
Kerana di dasarnya tersirat pengajaran
Yang hamil dengan sejarah silam
Perlu dilahirkan ke permukaan
Supaya dipancing generasi sekarang
Sungai Muar
Menjadi saksi
Rentetan waktu silam
Seawal Parameswara mencari damai
disambut titisan darah mata-mata
Yang syahid di Bukit Kepong
Gahnya feri tambang
Membawa muatan cerita
Sambil merenung kesucian rohani
Di Masjid Jame Sultan Ibrahim
Sungai Muar
Sebuah muzium alam
Kuratornya sedang menyusuri
Aliran perjuangan bangsa
Bersama menghembus angin cinta
Mengukir peta semangat
Menyambung segala misi
Dengan iman dan taqwa
Memelihara warisan
Dan menjunjung amanah Ilahi.
Cikgu Solleh
KERIS
Ulu mu pelbagai bentuk
Dari gading
ke kayu nangka
Kemas di tangan
Ketika
‘Terasa’
Lambang Melayu ketika berkuasa melawan penjajah
Menjadi penambah semangat semakin perkasa jiwa
Kelihatan bogel jika tiada di pinggang jejaka
Tersisip penanda amaran waspada
Di dalam sarung terkurung rahsia berjuta
Entah siapa, gerangan memakan bisa akibat luka
Jangan bersenda tersilap kata buruk padahnya
Lengkok lok mu misteri berukir
Pancaran sejarah jiwa pahlawan
Alam nusantara pernah ditawan
Ketika Tuah melangkau sempadan
Alam Melayu dalam kekuasaan
Taming Sari ketua persenjataan
Tak lut tubuh ditikam mapan
Katanya ia besi berasal
Tujuh lokasi ilmu dimampat
Dek pandai keris penuh berkat
Namun kini zaman teknologi
Keris tidak ‘berguna’lagi
Diam menghias almari berkunci
Malah berkarat dimakan ICT
Sesekali muncul keris gergasi
Menjadi tugu di pandang sepi
Anak bertanya apa tu dady?
Ada sesekali diguna lelaki
Waktu menjadi raja sehari
Hanya sekadar hias diri
Oleh pengantin
Konon lelaki
Tak kan Melayu
Hilang di dunia?
Keris sudah hilang
Bisanya, harapkan
Melayu mengasah
lidah
setajam
ke
ri
s
RAMADHAN
Ramadhan datang lagi
secepat itu dia pergi
baru sebentar bersahur
kini hampir berbuka
ruangnya pendek
jika berisi
ruangnya terlalu panjang
jika dibiarkan kosong
Jiwa Ramadhan
penuh rahmah
perlu ditafsir
dengan berhikmah
kelak mendapat
segala natijah
walau ramadhan
ditinggal jauh
Ramadhan ini suatu universiti
tempat siswanya belajar erti
mengenal diri
mencari ukhrawi
kita semua sedang studi
hari konvonya idil fitri
selepas itu praktikal
teori dan amalan
dibawa bersama-sama sebelas bulan
menuju masuk universiti lagi
begitu berulang
sudah berapa kali
keluar masuk
adakah memberi bekas
kepada kita semua
universiti masih berdiri
kita semakin menuju mati
Sunday, September 6, 2009
Tuesday, September 1, 2009
FORMULA PENULISAN KARANGAN
MENULIS karangan merupakan suatu kerja berseni, memerlukan beberapa kemahiran dan tumpuan yang sepenuhnya. Menulis tidak boleh dilakukan dengan sambil lewa. Ramai pelajar beranggapan bahawa mereka boleh menulis pada bila-bila masa, dengan pengetahuan terhad, tanpa menguasai pelbagai teknik menulis dan sebagainya. Mereka silap.
Setiap kali kita ingin menulis karangan kita hendaklah menancang dengan teliti dan membuat persediaan yang rapi, baharulah karangan kita memberi impak yang berkesan dan bermutu.Jika tidak kit ahanya melakukan kerja yang sia-sia dan menyebabkan kita tertanya-tanya mengapakah karangan kita masih belum memuaskan.
Setiap hari pelbagai formula dicipta untuk memudahkan kita membina atau mengingat sesuatu perkara yang sukar diingat. Untuk menulis sesebuah karangan yang berkesan dan mantap jug aperlu formula. Formula ini tidak semestinya sesuai dengan semua orang. Namun setelah melalui pelbagai ujian dan pengalaman ternyata membantu.Kita mulakan dengan formula 10 langkah menulis karangan. Formulanya ialah PKG RPIP PBS . Sebelum menulis karangan, tulislah formula tersebut pada bahagian atas rangka karangan anda.Berikut adalah huraian tentang formula tersebut.
Setiap kali kita ingin menulis karangan kita hendaklah menancang dengan teliti dan membuat persediaan yang rapi, baharulah karangan kita memberi impak yang berkesan dan bermutu.Jika tidak kit ahanya melakukan kerja yang sia-sia dan menyebabkan kita tertanya-tanya mengapakah karangan kita masih belum memuaskan.
Setiap hari pelbagai formula dicipta untuk memudahkan kita membina atau mengingat sesuatu perkara yang sukar diingat. Untuk menulis sesebuah karangan yang berkesan dan mantap jug aperlu formula. Formula ini tidak semestinya sesuai dengan semua orang. Namun setelah melalui pelbagai ujian dan pengalaman ternyata membantu.Kita mulakan dengan formula 10 langkah menulis karangan. Formulanya ialah PKG RPIP PBS . Sebelum menulis karangan, tulislah formula tersebut pada bahagian atas rangka karangan anda.Berikut adalah huraian tentang formula tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)