Tuesday, September 1, 2009

FORMULA PENULISAN KARANGAN

MENULIS karangan merupakan suatu kerja berseni, memerlukan beberapa kemahiran dan tumpuan yang sepenuhnya. Menulis tidak boleh dilakukan dengan sambil lewa. Ramai pelajar beranggapan bahawa mereka boleh menulis pada bila-bila masa, dengan pengetahuan terhad, tanpa menguasai pelbagai teknik menulis dan sebagainya. Mereka silap.

Setiap kali kita ingin menulis karangan kita hendaklah menancang dengan teliti dan membuat persediaan yang rapi, baharulah karangan kita memberi impak yang berkesan dan bermutu.Jika tidak kit ahanya melakukan kerja yang sia-sia dan menyebabkan kita tertanya-tanya mengapakah karangan kita masih belum memuaskan.

Setiap hari pelbagai formula dicipta untuk memudahkan kita membina atau mengingat sesuatu perkara yang sukar diingat. Untuk menulis sesebuah karangan yang berkesan dan mantap jug aperlu formula. Formula ini tidak semestinya sesuai dengan semua orang. Namun setelah melalui pelbagai ujian dan pengalaman ternyata membantu.Kita mulakan dengan formula 10 langkah menulis karangan. Formulanya ialah PKG RPIP PBS . Sebelum menulis karangan, tulislah formula tersebut pada bahagian atas rangka karangan anda.Berikut adalah huraian tentang formula tersebut.

3 comments:

  1. SENANGNYA MENULIS KARANGAN JENIS PENDAPAT.
    P- Pilih: kita mestilah memilih sesuatu tajuk atau peersoalan yang paling hampir dengan diri kita. Jangan tersalah pilih tajuk. Misalannya anda ingin menulis pengalaman sebagai seorang angkasawan, sedangkan anda tidak pernah menaiki sebarang pengangkutan udara pun. Sudah pasti karangan anda menjadi bahan ejekan. Oleh itu PILIH tajuk yang paling hampir dengan diri anda. Jika anda seorang pelajar sudah pasti anda pernah mengikuti kem ko kurikululm. Pengalaman menyertai kem tersebut menjadikan karangan anda lebih 'real' dan tidak menipu pembaca. Pembaca tidak suka ditipu.

    ReplyDelete
  2. Proses memilih sangat penting kerana jika tersalah pilih boleh jadi merana seumur hidup.PILIH tajuk yang anda boleh kuasai, bukan pilih tajuk yang anda suka. Misalannya jika anda suka dan minat bermain bola sepak, belum tentu anda boleh menulis karangan tentang bola sepak dengan cemerlang. Hal ini kerana anda hanya suka bermain bola sepak, tetapi ilmu dan maklumat tentang bola sepak anda sifar. Jika anda hendak menjawab soalan tentang bola sepak anda harus tahu latar belakang asal usul permainan bola sepak, siapakah pemain bola sepak terkenal, siapakah pengurus pasukan bola sepak Brazil, negara mana yang menjadi johan piala dunia baru- baru ini.Hal ini menunjukan anda mestau MENGUASAI sesuatu tajuk, bukan suka akan tajuk itu. Baharulah anda tidak tersalah PILIH.
    K_ KENAL PASTI:
    Kenal pasti jenis karangan, hanya ada dua jenis karangan iaitu a) karangan berformat dan b) karangan tidak berformat.

    ReplyDelete
  3. Oleh hal yang demikian, sikap positif yang kita ambil adalah dengan merancang sebaiknya agar sesuatu yang kita lakukan tidak menjadi sia-sia atau dibakulsampahkan.Perkara wajib sebelum menulis karangan adalah amalan membaca, tidak boleh diabaikan sama sekali.Hal ini akan ditambah pula dengan pelbagai resepi agar adunan karangan kita bakal menjadi sebutan sebaik sahaja pembaca menikmati hidangan halwa minda yang telah kita garap.Untuk menjadikan adunan kita sentiasa menjadi sebutan kita perlukan ramuan istimewa yang akan kita terokai bersama-sama.
    Kenal pasti jenis karangan merujuk kepada format penulisan sesebuah karangan. Pastikan karangan yang akan anda tulis itu mempunyai format tertentu atau pun tidak. Jika anda sukar untuk membiasakan diri dengan format, lebih baik anda abaikan tajuk yang berkaitan dengannya. Anda ulang semula langkah pertama: PILIH karangan yang tidak berformat.

    ReplyDelete